alonganaz

Cerita Pedang Zulfiqar

In Islam, Peribadi on June 12, 2010 at 7:43 am

Semalam aku ada di Kota Damansara rumah makcik aku sebab datuk sebelah mak aku ke Penang. Dah lama datuk aku merantau ke sana sini akhirnya dia ambil keputusan pulang ke kampung halamannya di Penang. Cuma dia tumpang menetap di rumah makcik aku di Parit Buntar, Perak dahulu. Masa datuk aku ada di Kota Damansara sesekali dalam seminggu aku akan ke rumah makcik aku melawat dia. Dia dah tak banyak bergerak hanya duduk di kerusi roda sebabnya terpulang pada kalian nak percaya atau tak, iaitu ditolak oleh seekor jin kat kampung. Kata makcik aku yang ubatkan tok aku, kalau orang lain dah mati tapi sebab pendinding dia kuat atok aku cuma cedera kat kaki.

Bila atok aku dah pindah balik ke Penang ni agak susah la aku nak jumpa dia lepas ni sebab dah jauh. Kalau di Kota Damansara agak senang la. Bukan apa kadang2 aku mengaji agama dengan tok aku ni selain daripada bercerita pasal bola yang aku pun tak paham tu. Pengetahuan agama tok aku memang agak tinggi juga la. Kali terakhir aku belajar agama dengan dia adalah 3 hari lepas masa artikel ni ditulis. Kisahnya adalah tentang di mana pedang zulfiqar tu diletakkan. Mengikut cerita versi atok aku pedang zulfiqar tu pernah diarahkan oleh Saidina Ali RA pada kedua puteranya iaitu Saidina Husin dan Saidin Hasan untuk ditengelamkan di dasar laut. Kali pertama mereka tak laksanakan tapi saidina Ali dapat tahu dan kali kedua baru mereka laksanakan perintah Saidina Ali.

Kenapa disuruh ditengelamkan pedang tu ke dasar laut aku tak pasti. Takut nanti dikatakan mereka cerita. Kemudian aku bertanyakan tentang makam saidina Ali di Iraq yang dikatakan makam sebenar Saidina Ali oleh puak syiah. Kata atok aku itu bukan makam sebenar tapi jasad saidina Ali sebenarnya telah dibawa ke ……. kerana suatu peristiwa.

Untuk pengetahuan kalian, Saidina Ali wafat pada 17 ramadhan kerana ditetak oleh Ibnu Muljam di Kufah ketika sedang solat. Banyak dari keturunan saidina Ali telah menjadi pendakwah dan merantau menyebarkan Islam antaranya di bumi nusantara ni. kata tok aku bumi nusantara ni terutama semenanjung adalah bumi istimewa dan ibarat jantung dunia. Lihat sahaja peta semenanjung Malaysia bagaikan bentuk jantung yang berada di dalam badan manusia. Malah kepulauan nusantara juga menjadi titik pertemuan 3 lautan. Maka disebabkan itu kebangkitan Islam di akhir zaman ini adalah dari bumi timur.

Lihat betapa besar dan maha Bijaksananya Allah mengaturkan kehidupan manusia. Bumi Nusantara ni walaupun majoritinya Islam tetapi dikekelilingi negara kafir. Sudah pasti ada sebab mengapa Allah turun dan kembangkan Islam di bumi nusantara ni melalui para kekasihNya iaitu para ulamak dan ahlul bait. Berdoalah bahawa kita pun akan turut serta sebagai tentera fisabilillah dari bumi timur yang berkat ni. Sesungguhnya kalau mengikutkan kata atok aku dunia ni dah hampir ke penghujungnya sebab guruh kilat dah lain bunyinya dan sinar bulan dah tidak seterang dulu. Tidak mustahil imam mahdi ( Muhammad bin Abdullah ) pun sudah lahir ke dunia ini. Wallahualam.

P/s : Kalau ada salah silap minta dibetulkan, bukan niat aku nak tunjuk pandai hanya sekadar berkongsi cerita. aku masih tetap manusia jahil yang memerlukan tunjuk ajar. Semoga Allah merahmati datok yang juga guru aku, Hj Syed Yusof Bin Syed Mansor dari dunia sampai akhirat. Amin.

Wasiat Saidina Ali RA

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Ini adalah wasiat Ali bin Abu Talib. Dia nak saksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah. Tiada sekutu bagiNya. Dan bahawa Muhammad adalah hambaNya dan rasulNya. Allah mengutuskannya dengan hidayah dan agama yang benar agar agama ini menang ke atas semua agama walau pun dibenci oleh orang-orang musyrik.

“Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam. Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan aku adalah orang Islam yang awal pertama.” (Al-An’am: 162-163)

Aku mewasiatkan kamu wahai Hasan, semua anak-anakku dan sesiapa sahaja yang sampai kepadanya wasiatku ini agar bertakwa kepada Allah, Tuhan kamu. Jangan sekali-kali kamu mati kecuali kamu Islam. Berpeganglah kepada tali Allah dan janganlah kamu berpecah belah. Sesungguhnya aku mendengar Abu al-Qasim s.a.w. bersabda: “Hubungan manusia yang baik itu lebih baik dari solat dan puasa keseluruhannya.”

Lihatlah saudara mara kamu dan hubungkan diri kamu dengan mereka agar Allah meringankan hisabNya ke atas kamu. Demi Allah, Allah bersama anak-anak yatim. Jangan biarkan mereka lapar dan jangan cuaikan mereka. Demi Allah, Allah bersama jiran kamu. Sesungguhnya itu adalah wasiat Nabi kamu. Nabi s.a.w. terus menerus memberikan wasiat (agar berbuat baik terhadap jiran) sehingga kami menyangka bahawa jiran akan mewarisi harta. Demi Allah, Allah bersama al-Quran. Jangan orang lain mendahului kamu di dalam mengamalkan al-Quran. Demi Allah, Allah bersama solat. Sesungguhnya solat adalah tiang agama kamu. Demi Allah, Allah bersama rumah Tuhan kamu. Jangan kamu asingkan diri dari rumah Allah selagi kamu masih hidup. Sesungguhnya rumah Allah jika ditinggalkan kamu tidak akan dipandang. Demi Allah, Allah bersama bulan Ramadhan. Sesungguhnya puasa di bulan Ramadhan adalah pelindung dari neraka. Demi Allah, Allah bersama jihad di jalan Allah dengan harta kamu dan jiwa kamu. Demi Allah, Allah bersama zakat. Sesungguhnya zakat memadamkan kemurkaan Tuhan. Demi Allah, Allah bersama umat di bawah tanggungan Nabi kamu. Jangan kami menzalimi mereka di hadapan kamu. Demi Allah, Allah bersama sahabat Nabi kamu. Sesungguhnya Rasulullah s.a.w. berpesan kepada kamu agar berbuat baik terhadap mereka. Demi Allah, Allah bersama golongan fakir miskin. Sertakan mereka di dalam kehidupan kamu. Demi Allah, Allah bersama hamba-hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya perkara terakhir yang diucapkan oleh Rasulullah s.a.w. adalah: “Aku berpesan terhadap kamu agar berbuat baik terhadap dua golongan yang lemah; isteri-isteri kamu dan hamba-hamba yang kamu miliki.”

Jagalah solat. Jagalah solat. Jangan kamu takut celaan orang yang mencela dalam menjalankan agama Allah. Cukup Allah bagi kamu untuk melindungi kamu dari orang-orang yang ingin berbuat jahat terhadap kamu dan melakukan perlampauan ke atas kamu. Ucapkanlah kata-kata yang baik kepada manusia sebagaimana yang telah diperintahkan oleh Allah ke atas kamu. Jangan tinggalkan amar makruf dan nahi mungkar. Jika kamu tinggalkan, orang-orang jahat akan menjadi pemimpin kamu dan ketika itu jika kamu berdoa, Allah tidak akan makbulkan.

Hendaklah kamu saling berhubungan dan bekerjasama. Jauhi dari khianat dan berpecah belah. Tolong-menolonglah di dalam perkara-perkara kebaikan dan taqwa. Jangan tolong menolong dalam perkara dosa dan permusuhan. Bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah amat pedih azabNya. Moga-moga Allah memelihara ahli keluarga Nabi dan memelihara Nabi kamu. Aku tinggalkan kamu dan mendoakan kesejahteraan ke atas kamu. Moga-moga Allah akan merahmati kamu.

Selepas wasiat ini, Saidina Ali r.a. tidak mengucapkan kalimah lain selain ‘la ilaha ilallah’. Sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir beliau membaca firman Allah:

“maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!  dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8)

About these ads
  1. setuju long. sy pn p’cya andai kate Imam Mahdi skrg nie dah pn di lahirkan serta tgh m’mbesar. takot s’bnrnye. bekalan yg ade nie pn mcm tak cukup je nk mengadap Allah nnti. subhanallah. tgk kedudukan bulan ngan matahari pn da b’beza dri dlu.

  2. ingin tahu mengenai kisah saidina ali…jasad nya dibawa kemana..atas peristiwa ape..bole tahu tak tuan yg mulia…

  3. [...] seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!” (Az-Zalzalah: 7-8) Source: Alonganaz  Posted by Rascallifah at 4:10 pm  Tagged with: Saidina Ali [...]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: