alonganaz

Lagenda Mat Indera

In Perjuangan, Sejarah on May 1, 2010 at 1:04 pm

Kalau korang pernah dengar tentang serangan balai polis Bukit Kepong tahun 1950 an dulu tentu korang tahu yang menyerang Bukit Kepong tu adalah komunis, yang mana serangan tu telah mengorbankan banyak jiwa para polis Melayu. Tapi tahukah kalian nama yang dikaitkan dengan peristiwa serangan Bukit Kepong itu kononnya diketuai oleh seorang anggota komunis Melayu bernama Mat Indera..?

Siapa Mat Indera..?

Nama penuh Mat Indera ialah Ahmad Bin Indera seorang berdarah pahlawan daripada keturunan datuk bentara Husin Lela pahlawan siak seri Inderapura yang menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Mat Indera ni bukan calang2 pemuda kerana dia hafaz Quran iaitu seorang Hafiz yang juga merupakan murid kepada seorang guru agama iaitu Kiai Haji Fadzil Bentan. Dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Batu Pahat, Johor Darul Takzim.

Beliau telah masuk ke hutan pada tahun 1948 dan berjuang secara gerila pada tahun 1948 bersama komunis demi menumbangkan kerajaan British di Tanah Melayu.  Disebabkan itulah pihak British menimbulkan propaganda mengatakan Mat Indera seorang yang ganas serta Melayu yang tidak beragama. Mat Indera juga menjadi ketua komunis Melayu di daerah Batu Pahat, Muar dan Melaka.

Pelbagai usaha yang telah dijalankan oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera tetapi usaha mereka sia2 kerana ilmu ghaib dan ilmu kebal Mat Indera yang sangat tinggi. Akhirnya pada malam 14 oktober 1952, Mat Indera diajak ke sebuah perjumpaan di kampung seri Medan, dan dihidangkan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung, menyebabkannya rasa mengantuk dan mabuk, maka segala tangkal dicabut dan beliau ditewaskan. Tangan diikat dgn lalang dan dibawa ke balai polis seri medan. dipercayai kehilangan tangkal dan ikatan lalang menggugurkan semua kekuatan ilmu kebal.

Mat Indera dipenjarakan di beberapa tempat, dari Batu Pahat ke Johor Bahru, Pulau Pinang, Pudu dan Taiping. Di dalam penjara mat Indera didera.Akhirnya Mat Indera menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping.Jenazahnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping.

Mengenai serangan di Bukit Kepong, dipercayai dia yang mengetuai serangan ke atas Bukit Kepong, namun dia sendiri tidak menyangka ahli2 komunis berbangsa asing ( ca ya nun alip ba alip ba ya bi..haha ) di bawah arahannya akan bertindak sezalim itu dengan membakar mayat mangsa2 korban di Bukit Kepong.  Dikatakan jika bukan kerana dia yang memberi arahan untuk menghentikan serangan ke atas Bukit Kepong pasti kekejaman yang dilakukan oleh komunis akan bertambah teruk lagi.

Dulu aku pernah dengar cerita dari atok aku, seorang polis bersara yang pernah bertugas di Bukit Kepong yang Mat Indera pernah mengacukan senapang pada seorang komunis supaya berhenti bertindak dengan lebih kejam ke atas mayat mangsa kebakaran di Balai Polis Bukit Kepong. Wallahualam.

Hero atau pengkhianatkah dia..?

Mat Indra

Text by along anaz.

About these ads
  1. komunis
    british
    dua2 ade agenda tersendiri sbnrnya tp komunis silap satu je, dia terlampau zalim, if they use brain, they might get it becoz most of citizen goes for it…tp when they turn up to military forces… most of their people retreat

  2. ca ya nun alip ba alip ba ya bi

    wujudkah pejuang kebal masa kini?

  3. Sebenarnya sejarah Malaysia telah diputarbelitkan oleh British dan Umno. Macam mana Chin Peng, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh tak mengankat senjata kerana semasa menentang Jepun British adalah sekutu mereka dan apabila Jepun kalah British tidak memerdekakan negara ini malah tidak memberi apa-apa kepada mereka. Sebaliknya mengarahkan mereka meletak senjata dan ikut telunjut British. Kalau saudara pun akan buat separti apa yang rashid maidin atau Mat indra buat. Untuk dapat cerita yang betul bacalah buku Chin Peng My Inside story. Jangan percaya bulat-bulat tapi verify dengan sumber lain juga. Kita ditipu dari dulu, kini dan selamanya.

    • Sedara,
      Zaman tu memang semua pemimpin tak kira dari umno mahupun PKM mempunyai propaganda yang sama.mungkin juga umno memutarbelitkan sejarah.tp cerita generasi dulu pasal kekejaman komunis pun diputar belitkan juga ke?mat indera dah tau komunis tu kejam,kenape dia bersekongkol dgn mereka?harap sedara paham ape yg saya cuba sampaikan.

  4. apapun jika pkm menang dan memerintah dapatkah suasana seperti mana yang kita kecapi hari ini. Dapatkah raja-raja melayu bertahta yang melindungi agama dan bangsa. adakah hak istimewa orang melayu lagi?

  5. mat indera kalau dia rasa polis yg menjaga bkt kepong dari bangsa dia sendiri pasal dia nak ikut telunjuk cina yg dtg dari tanah besar cina chin peng nak balik malaysia silakan kemudian kita tangkap dia lepas tu gantung sampai mati biar dia rasa macam mana rasa anggota polis kita pd masa tu yg ayah dan ibu dia terkorban lu fikir lah sendiri bodoh

  6. Dewa: mat indera berjuang gerila, lawan British! Bukan lawan rakyat. Kebetulan jer kat bukit kepong tu, yg jadi barua British adalah melayu. Perjuangan nak bebaskan negara drp penjajahan, mana ada timbang2 melayu cina india. Siapa shj yg bersama dgn British – dia adalah pengkhianat! Umno bodo jer yg ikut British.

  7. kalu dalam Chin Peng My Inside story tu die and editor dah olah untuk tunjukkan kebaikkan die pun kite tak tau. pasni kalu najin ke paklah ke tulis my inside story then die cte benda2 baik and luahan hati die confirm korang tkkn percaya. chin peng bleh lak caya.

  8. kira macam PAS jadi Pak Turut DAP….Akhirnya Orang2 UMNO DiPersalahkah….Siapa pejuang,Siapa Pengkianat….

  9. sapa sbnar nya yg putar sejarah..??
    Cuba pkir bek2 la..
    Klu kerajaan kita (UMNO) jatuh,
    kerajaan seterusnya psti akan mula dri bawah utk memerintah..??
    Terlatih ka mereka..??
    Apa kesan pada rkyat..???
    So jgn tgok 1 pihak ja.
    Kaji baik2…

  10. Darth Vader aka Anakin Skywalker.. embracing the Dark Side..

  11. kurang sopen sungguh..anyway matlamat tetap x menghalalkan cara.. jalannyer yg salah..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: