alonganaz

Rock Kapak 80an

In muzik on March 24, 2010 at 5:52 pm

Rasanya ini kali pertama aku menulis tentang muzik di blog ini.Sahaja aku mahu beralih sekejap dengan membawa kalian ke alam muzik.Hari ni aku rasa industri muzik kita masih belum dapat menewaskan kemeriahan zaman rock kapak 80an.Hari ni kalau ada yang mengatakan peminat muzik rock kapak adalah mereka yang bersifat kekampungan fikirkan semula.

Kalau kita lihat band lagenda skinhead yang berteraskan muzik eastern oi, jika ditanya pada Megat iaitu vokalis ACAB apakah yang mendorongnya untuk bermain muzik ialah kerana dorongan dari band pujaanya iaitu SYJ atau Sofea iaitu band rock zaman 80an.Sebab itu ACAB ada mengeluarkan album tribute untuk SYJ iaitu ‘Orang Timur’.

Kebangkitan band Indie di Malaysia sekarang dilihat mampu untuk mengembalikan zaman kegemilangan industri muzik berkumpulan di Malaysia, namun kehebatannya hanya seketika.Zaman rock kapak 80an tetap sukar untuk ditandingi oleh generasi hari ini.Ini kerana semangat yang ada pada pemuzik dan pengikut muzik di zaman itu sendiri.

Kalau kita melihat ke zaman itu, mereka bangun mengembangkan muzik mereka dalam keadaan yang dihina dan dipandang rendah kerana imej yang mereka bawa.Hinggakan ada menteri (arwah tok mat) yang memaksa pemuzik rock ini untuk memotong rambut panjang mereka yang menjadi trademark ketika itu kerana takutkan pengaruh buruk pada rakyat Malaysia.

Kalau kita mahu bandingkan dari segi kekuatan vokal, masih tetap sukar ditandingi oleh penyanyi hari ini.Dengar sahaja kekuatan vokal Awie atau Nash Lefthanded adakah dapat ditandingi oleh Noh Hujan ataupun Sam Bunkface..? Jawapannya pasti tidak.Lagipun mereka iaitu penyanyi zaman 80an ni mempunyai identiti mereka sendiri dan tidak terikut2 dengan pembawaan muzik dari barat walaupun pengaruhnya tetap dari sana.Cuba lihat kebanyakan lagu mereka adalah dalam bahasa Melayu.

Kegemilangan muzik 80 an ni pernah cuba ditandingi oleh scenes muzik underground semasa di zaman 90an dulu oleh band2 bawah tanah dari scenes punk dan skinhead yang membawa genre oi tapi kegemilangannya hanya seketika bila muzik mainstream seperti irama pop punk dan hardcore mula mengambil tempat.Tiada yang bertahan lama seperti ketika zaman rock kapak 80an dulu.

Sekarang pula muncul muzik yang lebih kepada electronik sound seperti trance dan house yang dilihat lebih urban dengan kehidupan di kota.Tiada lagi DIY stuff yang rabak dan dicari di Pertama Kompleks ataupun kompleks Campbell KL.

Mungkin suatu hari nanti zaman kegemilangan muzik di Malaysia akan kembali merajai kehidupan warga Malaysia.Tidak mustahil band2 keramat seperti search, wings, lefthanded, Ella and The boys, rusty Blade dan sebagainya akan muncul semula penggantinya dalam masa terdekat ini.Jangan nafikan kehebatan mereka ini.

Tabik..!!

About these ads
  1. 1 family sangat meminati band rock kapak nie..
    if bkaraoke dgn family,semua lagu rock kapak je yang dipilih..

  2. You have really great taste on catch article titles, even when you are not interested in this topic you push to read it

  3. Rock ooo…

  4. Rock kapak kan ku puja selamanya blues lama kan kukenang sampai akhir nafas ku ini ……..aku cinta kan arena rock kapak zaman 80an …….seluar ketat dan rambut panjang telah mengoda ku dan lagu dan muzik megajar aku apa erti kehidupan….rock selamanya x kan pudar dari ingat ku dan juga rockx2 yg kenal apa….???? (ROCK KAPAK)

  5. betul bro kenyataan ko………..sokong.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: