alonganaz

Kisah Bunian

In Cerita on March 15, 2010 at 6:43 pm

Masa kecik2 dulu nenek aku suka bercerita kisah2 dongeng yang agak cambest.Salah satunya cerita pasal orang bunian yang kononnya banyak kat kampung kitorang dulu.Orang tua2 selalu menggambarkan keindahan alam bunian dan kecantikan penduduk alam bunian.Tapi katanya nak melihat alam bunian bukan senang mesti melalui sesetengah ujian dan bila berjaya, perlu pula terikat dengan pantang larang.

Dulu kononnya ada seorang pemuda di kampung kami yang bercinta dengan gadis dari alam bunian.Tapi lelaki ni cuma boleh berjumpa gadis ni pada waktu malam bila bulan tengah mengambang.Lama2 lelaki ni bernikah dengan gadis alam bunian ni tapi dengan syarat iaitu dia tidak boleh pulang semula ke alam nyata.

Ketika sudah berkahwin, si suami ni tadi rindu mahu pulang semula ke kampungnya dan selalu sahaja mendesak agar dia dibenarkan pulang sehari.Akhirnya permintaannnya dituruti, tapi dia tidak tahu bahawa pemergiannya bersyarat.Apabila tiba masa mahu pulang ke alam bunian, dia tidak jumpa pintu masuk.Dan akibatnya dia gila kerana terlalu rindukan isteri dan anak hasil perhubungannya dengan isteri buniannya tadi.

Ada sejarah atau lagenda yang aku dengar orang bunian ni asalnya adalah orang di kayangan yang diamnya di langit biru.Tapi setelah kelahiran Rasululullah, maka kerajaan di langit telah runtuh dan rebah ke bumi kerana tuhan tidak mahu ada satu makhluk pun dibumi yang kedudukannya berada di atas baginda Muhammad SAW.Tapi cerita ni cuma dongengan orang tua, kita tak seharusnya percaya bulat2.Mungkin sekadar mahu menghiburkan kanak2 kecil waktu dahulu.

Ini mengingatkan aku pada lagenda rakyat Sarawak iaitu kisah puteri Santubong dan Puteri Sejinjang yang kononnya diturunkan ayahanda mereka dikayangan ke bumi untuk mengajar penduduk di bawah tentang tamadun.Mengikut lagenda ada yang mengatakan kedua mereka ni hidup sehingga sekarang.Ada versi mengatakan mereka ini adalah puteri dari Brunei yang ditinggalkan oleh saudara mereka iaitu Putera2 Sultan Brunei seramai 7 orang yang berhijrah ke semenanjung tanah Melayu.

Cuma zaman sekarang kita dah tak berapa mendengar kisah rakyat seperti ni lagi.Tapi aku bertuah masih dapat mengingati kisah2 dongeng orang tua ni.Lebih kurang sama la tu dengan ‘bedtime stories’ cuma bezanya bukan kisah ‘Alice In Wonderland’.Kanak2 sekarang sebelum tidur lebih suka bermain PSP macam adik sepupu aku yang paling kecik.Agak sayang kisah2 rakyat seperti ni sudah semakin sedikit diturunkan buat generasi alam siber ni.

P/s : aku menulis dalam mengantuk dan akhirnya merapu.

Gunung Santubong, Sarawak

About these ads
  1. baguih jugak ada citer lagu nih…lama x dengaq citer org2 tu…la ni citer lagu ni habih ngan ayaq tu ja…maksud ilang begitu saja…tima kasih …

  2. i loike this…

  3. mantapg gak cerita tU .kalau skrg mash mcam tu ,enaklah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: