alonganaz

Panglima Awang AKA Henry The Black

In Kehidupan, Sejarah on January 26, 2010 at 7:31 pm

Panglima Awang Hitam

Jika dilihat dari sudut sejarahnya bangsa Melayu pernah muncul sebagai sebuah bangsa yang terbilang di gugusan nusantara.Jadi jika kita melihat hari ini bangsa Melayu adalah suatu bangsa yang selalu ketinggalan..kita seharusnya meneliti kembali sejarah kegemilangan bangsa Melayu supaya kita dapat belajar dari sejarah dan mengembalikan semula zaman kegemilangan bangsa Melayu.

Kita mengenali Christopher Columbus yang menemui benua Amerika..atau Vasco da Gama ataupun Ferdinand De Magellan yang dipercayai orang pertama meneglilingi dunia.Namun 2-3 hari ni aku banyak dapat maklumat bahawa sebenarnya manusia pertama yang mengelilingi dunia dalam pelayaran ialah seorang lelaki bernama Awang yang berbangsa Melayu..! Ini adalah berdasarkan bacaan aku pada buku2 ataupun sumber sejarah.

Kisahnya bermula pada 1511 iaitu selepas bumi Melaka jatuh ke tangan Portugis.Selepas penaklukan Melaka oleh Portugis ratusan lelaki Melaka termasuk Awang telah dijadikan tawanan dan disumbat ke dalam kapal besar milik bangsa Barat itu.Kehebatan dan keperkasaannya menyebabkan Wizurai Portugis, Alfonso de Albuquerque menetapkan bahawa Panglima Awang adalah tawanan peribadinya sekali gus hamba kepada dirinya seorang.

Selepas beberapa lama, sauh diangkat dan kapal itu mula belayar membelah lautan meninggalkan bumi Melaka menuju ke benua asing bersama tawanan dan hasil rampasan perang. Kapal itu singgah di Goa dan sebahagian tawanan dijual sebagai hamba di hentian itu. Seterusnya pelayaran diteruskan menuju Lisbon, ibu negara Portugal.

Pelayaran jauh yang memakan masa lama akhirnya merapatkan hubungan antara kapten kapal, Ferdinand de Maggellan dengan Panglima Awang. Betapa lelaki Portugis itu amat tertarik dengan perwatakan pemuda Melaka itu sehingga Panglima Awang diberi keistimewaan dengan dilepaskan dari kurungan manakala rantai di kaki dan tangannya dibuka. Panglima Awang diarah menjadi kuli di atas kapal sepanjang pelayaran dengan syarat pemuda itu tidak memberontak.

Ketika itu jugalah Ferdinand menukarkan nama Melayu Panglima Awang kepada ‘Enrique’, bagi mengelakkan wujudnya diskriminasi kaum dan agama antara masyarakat Portugis dan kelasi kapal lain dengan pemuda Melaka itu.

Sejarah mengelilingi dunia bermula apabila Ferdinand melarikan diri ke Sepanyol bersama Panglima Awang angkara fitnah pihak tertentu yang memusuhinya. Kehebatan, kemahiran dan pengalaman luas selaku pelayar menyebabkan Raja Portugal menghargai Ferdinand tetapi ia turut membenihkan hasad dengki di kalangan musuh yang akhirnya memfitnah kapten kapal itu.

Bagaimanapun, pelarian Ferdinand dan Panglima Awang ke Sepanyol diterima baik ketua negara itu, Raja Charles I, lantaran reputasi Ferdinand selaku pelayar hebat Portugal sememangnya dikenali dan dikagumi orang Sepanyol.

Di Sepanyol, kemahiran dan pengalaman luas Ferdinand selaku pelayar dimanfaatkan apabila Raja Charles I mengarahkan lelaki Portugis itu belayar mencari tanah dan harta kepada Kerajaan Sepanyol.Beberapa tahun diperuntukkan untuk membuat persediaan sehingga beberapa kapal berjaya dibina untuk ekspedisi itu dengan kapal terbesar dinamakan ‘Victoria’.

Cadangan pelayaran Sepanyol itu akhirnya sampai ke pengetahuan pemimpin tertinggi Kristian seluruh dunia ketika itu iaitu Pope di Rom. Pope mensyaratkan jika Sepanyol ingin belayar, mereka tidak boleh lagi menghala ke Timur kerana ia sudah diperuntukkan kepada Portugis. Sebaliknya Sepanyol perlu belayar ke Barat.

Tindakan itu menimbulkan kekhuatiran di kalangan ramai kelasi kerana pelayaran ke Barat masih belum banyak diterokai. Akibatnya, tanpa kelasi, Ferdinand terpaksa mengambil banduan sebagai anak kapal dengan tawaran kebebasan dan kemewahan jika mereka mengikuti pelayaran itu. Selain Panglima Awang, seorang lagi orang kanan Ferdinand adalah Sebastian del Cano dan pencatat pelayaran, Pigafetta.

Pada 1519, kapal besar itu berangkat meninggalkan pelabuhan Seville menuju ke horizon Barat. Pelayaran itu amat sukar berikutan anak kapal tidak berpengalaman malah ada jatuh sakit dan mati. Ramai memberontak dan meminta berpatah balik.

Bagaimanapun penentangan dan konflik yang tidak kunjung padam sepanjang pelayaran sedikit terlerai apabila pelayaran menemui daratan di Barat, kapal itu sudah menjejaki benua baru di Amerika Selatan, setahun kemudian. Pelayaran itu turut menemui Selat Magallaes yang dinamakan sempena nama Ferdinand.

Tidak puas dengan penemuan dunia baru itu, Ferdinand ingin meneruskan pelayaran ke Barat sehingga konflik kembali tercetus di kalangan kelasi. Tanggapan bahawa bumi adalah leper menyebabkan mereka khuatir pelayaran terus ke Barat menyebabkan mereka terjatuh ke bawah dunia.

Walaupun menerima tentangan, Ferdinand meneruskan perjalanan dengan sokongan Panglima Awang. Pelayaran yang memasuki Lautan Pasifik kali itu semakin mencetuskan pelbagai masalah. Beberapa kapal hilang malah krisis bekalan makanan yang meruncing menyebabkan kelasi terpaksa memburu tikus dan lipas sebagai makanan.

Penderitaan di kelilingi lautan akhirnya berakhir apabila pada pertengahan 1521, tilikan Panglima Awang menerusi teropong terlihat sesuatu seperti pohon kelapa dari kejauhan. Berita itu disampaikan dan disambut gembira anak kapal bahawa penderitaan mereka berakhir. Mereka tiba di Pulau Mazzava, Cebu, Filipina.

Berlabuh di situ, Panglima Awang merasakan telahannya yang pelayaran berterusan mereka ke Barat sudah menemui dunia Timur adalah benar apabila mendapati pertuturan penduduk pulau itu menyamai Bahasa Melayu. Jauh di sudut hati, dirasakan negeri tanah tumpah darahnya iaitu Melaka semakin hampir.

Kepastian Panglima Awang dan Ferdinand mengenai bumi adalah bulat dan pelayaran mereka ke Barat sudah tembus ke Timur disampaikan kepada anak buah dan disambut gembira. Bagaimanapun satu kesilapan dilakukan.

Kegembiraan kelasi menyebabkan mereka melepaskan bedilan meriam kononnya sebagai keraian tetapi tindakan itu menyebabkan pemerintah Cebu, Raja Hamabun menyangka kehadiran kapal asing itu adalah untuk berperang dan mereka memulakan serangan.

Dalam pertempuran itu, Ferdinand dan ramai anak kapal terbunuh malah kapal Sepanyol itu dihancurkan sehingga tinggal sebuah kapal saja iaitu Victoria yang sempat meloloskan diri. Berikutan Panglima Awang berbangsa asing, Sabastian dipilih selaku kapten tetapi dia tidak memiliki semangat dan pengalaman luas menyebabkan tugas mengemudi pelayaran dilakukan mengikut arahan Panglima Awang.

Pandangan Panglima Awang bahawa mereka sudah hampir dengan Melaka ternyata benar apabila melintasi tanah Semenanjung. Tetapi disebabkan khuatir diserang Portugis yang menguasai Melaka lantaran Sepanyol adalah seteru Portugal, kapal itu tidak singgah di tanah kelahiran Panglima Awang.

Tambahan pula mereka sudah ‘melanggar’ perintah Pope dengan memasuki kawasan pelayaran orang Portugis menyebabkan mereka menukarkan bendera Sepanyol kepada bendera Portugis sebagai penyamaran dan meneruskan perjalanan pulang ke Sepanyol.Pelayaran diteruskan dan berakhir apabila mereka tiba kembali di Sepanyol. Di hadapan Raja Charles I, mereka menghadap mempersembahkan cerita besar pelayaran mereka ke Barat sehingga pulang dari arah Timur.

Bagaimanapun raja itu kecewa kerana bukan bukti besar itu yang dimahukannya, raja itu kepingin harta dan tanah jajahan baru menerusi pelayaran itu.

Memandangkan Panglima Awang berbangsa asing, pengiktirafan sejarah itu diberikan kepada Ferdinand walaupun Panglima Awang adalah orang yang bertanggungjawab menyelesaikan ekspedisi mengelilingi bumi buat julung kalinya selepas Ferdinand gagal dan mati di Cebu.Pengiktirafan itu turut menenggelamkan nama ‘Melayu’ selaku bangsa pertama yang mengelilingi bumi seterusnya jasa Panglima Awang turut tidak diketahui ramai termasuk bangsa Melayu.

Jadi seharusnya kita berbangga dan berusaha mengembalikan kegemilangan sejarah bangsa Melayu.Siapa kata bangsa Melayu tidak akan mampu mencapai zaman kegemilangannya semula..? Belajarlah dari kisah Panglima Awang ini kerana sejarah juga akan mengubah persepsi terhadap diri kita sendiri.

About these ads
  1. salam. mohon dikongsi cerita dari belog ini. :)

  2. salam. mohon di kongsi cerita ini. :)

  3. Salam..cuba en Anaz mulakan cerita kejatuhan melaka sebelum kedatangan Portugis..sudah pasti en akan bertembung dengan cerita Panglima Hang Tuah..saya percaya beliaulah orang nya yang sangat luas pengalaman nya..HangTuah pernah ke Negeri Cina berjumpa Maharaja Cina atas perutusan Raja Melaka, Ke Tanah Jawa,Ke Cylon,…saya cadang en cuba merujuk Hikayat hang Tuah yang dijadikan Bidang Kesusteraan Melayu dalam SPM tahun 1983. terimakasih…saya sedia membantu en dapatkan Hikayat itu jika itu permintaan En. Tkasih.

  4. Sesungguhnya bangsa melayu adalah bangsa yang teragung dalam peradaban dunia ini kerana sejarah telah pun membuktikanya dengan kewujudan Empayar Melaka. Empayar Melaka merupakan sebuah kerajaan yang tiada tolok bandingnya pada ketika itu sehinggakan digelar sebagai ” Bumi Emas” bagi para pedagang asing. Sistem pentadbiran kerajaan pada masa ini juga wujud berdasarkan contoh dari sistem kerajaan empayar Melaka . Empayar Melaka juga merupakan titik noktah permulaan kelahiran pahlawan-pahlawan Melayu yang mengabadikan taat setianya kepada raja,agama dan bangsa.Namun pun begitu sayang sekali, di dalam kegairahan kita mengingati pahlawan-pahlawan ini ada juga jasa para pahlawan yang kita lupakan dimana ianya tidak diungkap di dalam sejarah bangsa melayu.

    Sejarah juga telah membuktikan bahawasanya jatuh dan bangunnya sesebuah kerajaan itu adalah kerana bangsanya.Oleh itu sebagai bangsa Melayu kita haruslah mempertahankan hak ketuanan melayu itu sendiri. Ibarat kata Laksamana Tuah ” Takkan Melayu Hilang Didunia “.
    Renungkan……………………………

  5. i want to post this in my fb..

  6. hye…i like this belog!!thanks for the info!!!good luck!!!ive already post this to all my link….thanks…

  7. oit…boss (pn laila) aku cakap magellan laa bukan alfonso di albukek

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: