alonganaz

Semangat Kenegerian

In Kehidupan on November 19, 2009 at 4:12 am

P/s : Tolong baca dengan hati dan minda yang terbuka.Artikel ini ditulis bukan mahu mengutuk sesiapa terutamanya rakyat negeri Kelantan.Sekadar pandangan peribadi dari aku yang suka memerhati.

Aku terjumpa satu blog yang boleh dikatakan banyak mengkritik sikap bangsa Melayu.Dan komentar dalam blog itu kebanyakannya mencaci maki penulis itu bebanding aku yang suka berfikir positif dengan kritikan penulis blog itu.Apa salahnya dikritik kan..? Salah satunya penulis blog tersebut mengkritik semangat kenegerian orang Kelantan. (LINK)

Sama ada disedari atau tidak oleh rakyat Kelantan..sikap kenegerian kebanyakan mereka sebenarnya mendapat kritikan negatif daripada kebanyakan rakyat Malaysia disini.Malahan terdapat pelbagai tohmahan dan sindirian negatif pada mereka kerana sikap kenegerian yang menebal berbanding rakyat dari negeri lain.

Apa kata kita melihat daripada sudut yang positif sebentar daripada semangat kenegerian yang menebal dikalangan orang Kelantan.Sebenarnya ada baik dan buruk daripada semangat kenegerian yang menebal ni.Yang baiknya kita menggalakkan tolong menolong sesama kita..cuma apabila kita meninggalkan rakan apabila berjumpa rakan sesama negeri..itu bukanlah perkara yang bagus.Dahulu aku terjumpa banyak juga manusia seperti ni..tapi sekarang dah kurang.

Dan lagi..yang positifnya..ia menggalkkan jati diri dan budaya yang tinggi serta tidak berlakon untuk menjadi orang bandar seperti kebanyakan penduduk dari negeri lain.Contohnya..bila sudah berhijrah ke KL..ditonjolkan cara hidup dan gaya orang bandar sehingga melupakan asal usul dari ceruk kampung kebanyakannya.Ini apa yang aku hormat mengenai orang Kelantan..iaitu tidak malu menonjolkan identiti sebenar mereka walau sudah ke bandar.

Cuma imej negatif itu yang perlu dikikis perlahan2..sebab untuk mengubah persepsi negatif orang ramai bukan memerlukan sehari dua..tapi memakan masa yang panjang.Ini diburukkan lagi dengan perangai tidak bertamadun sebahagian besar (bukan segelintir) penyokong Kelantan di Stadium Bukit Jalil semasa perlawanan menentang negeri Sembilan pada Piala Malaysia baru2 ini.Apa perlu semangat kenegerian yang tinggi sehingga membakar kenderaan penyokong Negeri..atau mengejar mereka di setesen LRT..? Pernahkah situasi begini berlaku bagi penyokong negeri lain..?

Apapun jika ada tidak berpuashati..sila lontarkan pandangan dengan akal dan fikiran yang matang serta tidak bersikap kebudakan atau emosi terlebih.Aku atau kita semua boleh menerima pandangan yang dilontarkan secara bersopan.

Ada perkara yang aku tidak bersetuju dengan pandangan negatif orang ramai terhadap Kelantan terutama kononnya Kelantan tidak maju.Siapa kata..? Pengalaman aku selama tiga hari bercuti di Kota Bharu banyak memberi pandangan yang positif aku terhadap negeri ini.Bagi aku Kota Bharu lebih bagus berbanding Seremban yang cuma boleh berbangga dengan Terminal Bas buruk dan Jaya Jusco di Seremban 2.Lagipun mereka kurang meneima peruntukan kewangan dari kerajaan pusat.

Tapi tak perlulah fanatik sampai menjadikan bendera sebagai skirt.Bodoh punya tino..! Haha


Shamelin2u.com

About these ads
  1. org dari negeri dia kata ada segolongan puak kat malaysia ni mengamalkan assobiyah, tapi yg lebih assobiyah dan tebal semangat kenegerian adalah org dari negeri nilah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: