alonganaz

Kongsi Gelap Di Malaysia

In Perjuangan on October 7, 2009 at 3:43 am

Pergerakan kongsi gelap di Malaysia diketahui bermula di negeri Perak.Ia bermula apabila pergaduhan dua puak pekerja di sebuah kawasan bijih timah membabitkan kumpulan Ghe Hin dan Hai San di bawah pimpinan kapitan Yap Ah Loy.Akibat dari peristiwa ini pemimpin Melayu di Perak terpaksa meminta campurtangan dari kerajaan Inggeris di Perak.

Pergerakan kongsi gelap yang dibawa oleh pendatang Cina di Malaysia ketika itu adalah sama dengan pergerakan mereka di tanah besar China.Berkata mengenai sejarah kongsi gelap cina ini sejarah mereka bermula di Cina pada tahun 1674.Lima orang sami yang terselamat dari pembunuhan kerajaan Manchu telah bersumpah disebuah tokong dihadapan dewa kekayaan yang dimerahkan mukanya..dewa Guan Yu.

Dihadapan dewa Guan Yu mereka telah bersumpah..dengan diketuai oleh sami Siu Lam iaitu ketua perang mereka..untuk menyimpan rahsia pergerakan mereka dari diketahui oleh kerajaan Manchuria dan bersumpah dengan titisan darah mereka sendiri sebagai bukti.Untuk memudahkan pergerakan..mereka bergerak dengan menggunakan bahasa isyarat atau bahasa bisu.Matlamat mereka ialah menggulingkan kerajaan Ching atau Manchu dan menaikkan kerajaan Ming ke takhta.

Itu sahaja yang boleh aku ceritakan disini..namun bukanlah niat untuk mengangkat mereka sebagai wira dan sebagainya.Tetapi apa salahnya kita belajar dari semangat perjuangan dan kekuatan organisasi mereka.Kerana berpegang pada janji dan sumpah yang telah dilafazkan maka mereka muncul sebagai suatu organisasi yang kukuh dari segi kekuatan dan kewangan.

Malah apabila mereka berhijrah ke tanah Melayu..mereka masih boleh menyumbangkan duit dan wang pada saudara mereka di China sebagai dana untuk menggulingkan sistem beraja di China dan menaikkan sistem pemerintahan komunis.Bukanlah untuk mengagungkan komunis..tetapi kita dapat lihat apabila mempunyai semangat perjuangan dan persaudaraan yang kuat..sistem beraja yang berusia ribuan tahun pun dapat ditumbangkan..malahan menguasai sistem ekonomi.

Tapi taat setia tetap pada yang Di-Pertuan Agong..raja adil tetap raja berdaulat..raja Melayu tetap akan bertakhta..namun prinsip Jebat tetap kupegang..

Mana yang baik apa salahnya kita jadikan panduan..tak salah ikut cara mereka selagi kita tahu batasannya sebab kita tetap ada Al-Quran 30 juzuk yang lengkap sebagai panduan jika tersesat arah.

Kunci kepada kuasa adalah modal.Ingat tu.. :)

Kat tengah tu aku..hehe


Shamelin2u.com

About these ads
  1. sabtu ni aku turun lubuk naga utk mengadap org kanan maharaja..confirm mlm aku smpi..aku bwk 3 tongkang, 3 ekor harimau..pape nt kol aku k..klw bole ko dgn gajah, aku nk jmpa dulu sblom kita pegi ngadap..

  2. tp cina pkai bila ada modal baru dpt kunci & kuasa!!

  3. maaf..benda2 seperti itu tidak akan dibincangkan secara terbuka.terpulang pada pemahaman masing2.apapun terima kasih sudi memberi info.

  4. bro..wa suka page lu ni..harap lu boleh tambah lgi info2 tentang pertubuhan ni..itupon klau lu free r..

  5. salam, bagus info ni. tapi apa yg sy tahu sejarah kongsi dah di putarbelitkan. kadang2 sy tertanya juga bagaimana ramai ank melayu terjebak dgn kongsi gelap.

    seperti yg kita tahu, kongsi gelap melayu dan kongsi gelap cina jauh beza perjalanan dia. bagai langit dan bumi. contohnya kongsi gelap 24 & 21. klau nk dibandingkan dgn kongsi 36 & 77 mereka jauh lg maju.

    mgkin kongsi gelap berasal dari negara mereka, maka kongsi gelap mereka lebih moden. cthnya di taiwan mereka telah lama berkecimpung dlm dunia politik, manakala di jepon pula yakuza sana sudah menopoli industri2 besar seperti perkapalan. padahal mereka dulu hnya menjual arak dgn cara seludup.

    sy tertanya, di m’sia apakah bisnes yg mereka lakukan. setahu sy mereka lebih suka melakukan aktiviti haram & jenayah. manakala kebanyakkan mereka bekerja sebagai penarik kerete & kaki pukul.

    kadang2 sy tertanya kenapa mereka perlu memakai sticker & keychain. mereka langsung tidak takut, sedangkan kongsi gelap adalah pertubuhan haram. adakah pihak polis buta ataupon mereka pon menyokong aktiviti2 haram yg mereka lakukan.

    sy sungguh dukacita apabila melihat ramai ank melayu bangga jika mereka di panggil taiko”. dan begitu bangga apabila satu m’sia kenal mereka sebagai ketua gangster.

    tp yg lagi sy heran kebanyakkan yg di panggil taiko ini adalah bdk2 muda yg berumur 18-25 thun tp mmpunyai pengikut beratus2. dunia ni nmpaknye sudah terbalik. minta maaf apa yg sy tulis ni mgkn akn menyakitkan hati. maaf sekali lg. salam..

    • Apa yang anda lihat itu adalah gangsterism… Perjalanan kongsi xkan dapat dilihat dalam kehidupan seharian :p….

      rujukan: Primitive Revolutionaries of China: A Study of Secret Societies in the Late Nineteenth Century oleh Fei-Ling Davis terbitan tahun 1971

    • saya setuju bro

  6. - toyol..thx tp aku kena berhati2 dalam penulisan.Memang ada banyak idea nak menulis tapi kena batas kan..sebab ni bukan blog kongsi..ini blog peribadi.hehe thx

    – budak jahat..tak apa kita manusia ni kena saling menegur antara satu sama lain.Biar apa yang akan kita dengar tu pahit..tapi kritikan tu satu perubahan..manakala pujian tu satu perkara yang boleh kita anggap merosakkan.Sy pun berdukacita dengan perangai anak2 Melayu sekarang..salah satu tjuan blog ni saya buat adalah untuk kita sama2 merenung kesalahan sendiri.Jika ada yg rasa tidak betul..saya rela ditegur biar pahit.Kita manusia bukan malaikat.Thx yer bro.

  7. puki\

  8. hai…ko org pnya ad modal ad kuasa,ap yg ko org bole KONGSI ngn aq..

  9. Sejarah mencatatkan perjuangan tentera merah ini berlaku setelah tokong Shao-Lin yang dihuni oleh 108 orang sami dibakar. Daripada pada jumlah hanya 5 yang terselamat. 5 orang sami yang terselamat ini sudah berjanji untuk menuntut bela dan akan memastikan kebangkitan semula institusi shao-lin mereka untuk menentang kerajaan pemerintah. Maka 5 orang sami yang terselamat itu membawa haluan masing-masing ke Fu Kien, Kwang Tung, Yunnan, Hunan dan Kiang Si dengan misi untuk merekrut sebanyak mungkin ahli untuk berjuang bersama-sama mereka dan akan kembali untuk bertemu di Red Flower Pavillion pada tempoh masa yang di tetapkan.

    Akhirnya ideologi “jatuhkan Qing, kembalikan Ming” yang mereka bawa ini telah berkembang dengan pesat sekali. Tentangan yang diterima dari pihak kerajaan juga meningkat sehingga memaksa kerajaan mewajibkan rakyatnya menyimpan rambut tocang untuk membuktikan bahawa mereka bukan sami atau ahli tentera merah yang perlu membotakkan kepala. Pergerakan kumpulan juga sangat dirahsiakan ketika itu. Sehinggakan Pesta kuih bulan/pesta tanglung pada masa itu di sambut adalah semata-mata untuk mengaburi mata kerajaan. Perjumpaan ahli tentera merah dibuat pada setiap malam sambutan pesta kiuh bulan. Maklumat mengenai lokasi pertemuan tidak diberitahu secara lisan sebaliknya ditulis di atas kertas dan kertas itu diselitkan didalam ketulan kuih bulan dan diedarkan kepada orang ramai. Akhirnya perbuatan tersebut mula dihidu oleh pihak berkuasa dan tentera merah ini mula menggunakan bahasa isyarat(pantun) dan isyarat tangan sulit (buah) untuk berkomunikasi yang menjadi kegilaan khususnya muda-mudi kini.

    Hari silih berganti maka penularan doktrin tentera merah ini sukar dibendung lagi. Sehinggalah di era pemerintahan British di Tanah Melayu ketika itu. Pada zaman pemerintahan penjajahan British, pihak penjajah British telah menggalakkan secara aktif kedatangan orang-orang keturunan Cina ke Malaya seperti mana negara disebutkan pada masa itu.
    Pendatang-pendatang orang Cina adalah terlibat terutama sekali dalam aktiviti-aktiviti perlombongan timah dan perdagangan. Mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti Hakka yang berasal dari pendalaman Kwangtung, Kantonis berasal dari Canton, Hokkien berasal dari Daerah Amoy di Selatan Fukien dan suku-suku lain yang mempunyai perbezaan dailek, kebudayaan dan fungsi ekonominya. Kita jangan lupa bahawa ideologi perjuangan tentera merah berleluasa di situ. Semasa berada di Tanah Melayu, mereka telah membentuk perkumpulan yang dikenali sebagai “Huay Kuan” dan ”Kongsi”. Di dalam bahasa Hokkien, ‘kongsi’ itu bermaksud syarikat.
    Dari segi keahlian “Huay Kuan” dihadkan kepada mereka yang datang dari wilayah yang sama dan persamaan dailek di negeri China, manakala keahlian ”Kongsi” dibuka kepada mereka yang mempunyai nama keluarga yang sama. Ada juga perkumpulan yang dibentuk berasaskan kepada persamaan pekerjaan dipanggil ”Shay-Hui” dan pertubuhan lain yang bercorak kebajikan, keagamaan, sosio-budaya dan hiburan. Tujuan utama penubuhan “Huay Kuan”, ”Kongsi” dan ”Shay-Hui” adalah untuk bertindak sebagai badan kerjasama untuk faedah bersama dan menyemaikan perasaan kekitaan serta memberi perlindungan di kalangan ahli-ahlinya. Pada amnya, badan-badan ini berorientasikan kebajikan dan memberi bantuan kepada ahli-ahli yang baru sampai dari China untuk mencari pekerjaan dan memberi tempat tinggal.
    Di samping badan-badan yang disebutkan di atas, terdapat juga kongsi-kongsi gelap (disebutkan dalam Akta sebagai “Triad Societies”) yang menjalankan aktiviti-aktiviti anti-sosial dengan cara menggunakan keganasan yang mengancam struktur pentadbiran penjajahan British. Akibatnya, secara berperingkat, pentadbiran penjajahan British telah mengawal keadaan dengan mengambil pelbagai langkah seperti berikut:
     Menubuhkan jawatan “Secretary For Chinese Affairs” (SCA) yang bertanggungjawab mentadbir hal ehwal dan mengawal kegiatan yang tidak diingini dan masalah jenayah di kalangan orang-orang Cina.
     Membentuk Societies Enactment 1899 di Negeri-Negeri Bersekutu yang bertujuan membendung aktiviti-aktiviti orang-orang Cina yang semakin ramai di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
     Meminda Enakmen 1899 pada tahun 1913 dengan memperuntukkan bahawa pegawai yang bertanggungjawab ialah “Registrar of Society” dengan memberi perhatian khusus dalam soal mengendalikan persatuan yang wujud pada masa itu. Di sinilah bermulanya fungsi Pendaftar Pertubuhan terhadap pengawalan aktiviti-aktiviti pertubuhan yang wujud pada masa itu. Enakmen ini dipinda dari masa ke semasa iaitu pada tahun 1927, 1947 dan 1949.
     Enakmen Pertubuhan yang dipinda pada tahun 1949 dikuatkuasakan pada 1 September 1949 dengan mewajibkan pendaftaran ke atas semua pertubuhan yang ada pada masa itu. Sehingga 31 Disember 1949 sebanyak 1,590 pertubuhan telah didaftarkan. Enakmen ini terus digunapakai hinggalah selepas Malaya mencapai kemerdekaan pada 1957.

  10. jgn ikut sejarah.. dlm al quran sudah tertulis.. 5 para sahabat,salah dah disuruh utk menuntut ke china.. 36 sebenar nye melayu punya.. nga itu malaikat..spider itu melayu punya.. byk lgi korang ke balaja…

  11. Salamullah,
    sy menyokong penuh keterangan brader,mmg betul.. itu yang patot dicontohi, dan dinilai semula dari konsep Islam. contoh nya sumpah setia atau bai’at, rujuk surah Al-Fatah ayat 10 dan ayat 18.

    perjuangan kita hanya satu “tegakkan agama Allah,jangan berpecah belah”. jalankan tangungjawab sebagai khalifah berdasarkan al Quran dan sunnahtullah.

    insyalh, melayu akan bersatu kerana teguh nya ikatan melayu maka kuat lah islam di tanah melayu ini. Insyalh.

  12. Salamullah,
    sy menyokong penuh keterangan brader,mmg betul.. itu yang patot dicontohi, dan dinilai semula dari konsep Islam. contoh nya sumpah setia atau bai’at, rujuk surah Al-Fatah ayat 10 dan ayat 18.

    perjuangan kita hanya satu “tegakkan agama Allah,jangan berpecah belah”. jalankan tangungjawab sebagai khalifah berdasarkan al Quran dan sunnahtullah.contohi Nabi junjungan Muhammad s.a.w.

    insyalh, melayu akan bersatu kerana teguh nya ikatan melayu maka kuat lah islam di tanah melayu ini.

    Insyalah.

    • 77 tu memang Kongsi Gelap..mmg diorang tu semua org jahat..tp x mustahil 1 hari nanti diorang akan menjadi baik..tp yg penting..masuk 77 bukan lah seperti yg di canangkan oleh ramai semua..ianya penuh dengan cara islam..tidak ade lansung cara cina..titisan darah ape semua mane ade..hang semua x jumpe pintu lg..mungkin bukan jodoh lg..insyaallah satu hari nanti..yg penting di sini 77 tidak la murtad..asas perjuangan nyer tidak menyesat kan..alhamdulillah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: